Ahad, 17 November 2013

KUALA TERONG


Sungai Trong memang terkenal dengan lubuk Mangroove Jack @ MJ (siakap merah) dikalangan caster di Malaysia. Hutan paya bakaunya yg masih terjaga rapi. Tumbuhan akuatiknya subur menghijau yang bebas sampah sarap apabila trip2 memancing dilakukan. Stok ikan disini juga masih banyak, memang kalau sesiapa yang mengail area ni takkan pulang dengan tangan kosong.
   Dalam pada itu, group G.L.A. berhasrat ingin menjejakkan kaki ke sungai yang berkualiti ini. Trip kami adalah pada hujung bulan september dimana trip kami diuruskan oleh Azizul Amri (ijun). Bagaikan trip excident kerana 'mata air' beliau Wani adalah berasal dari keluarga nelayan di kuala trong..heheh..jadi memang 1 advantage bagi kami untuk meneroka lubuk terpelihara ni. Memang kita sedia maklum bila nak turun ke kawasan kuala@muara atau laut, amat perlu kita melihat jadual pasang surut air. Oleh kerana kekangan masa dan kerja, trip kami terpaksa dilakukan pada hari cuti. Jadi pada bulan tersebut air mula berarus perlahan, bak kata orang 'air cantik' pada hari khamis dan jumaat jadi terpaksa la kami teruskan juga.

PLANNING IN PROGRESS

  Perbincangan diatur secara rapi, trip ini adalah trip pertama yg menggunakn nama G.L.A.@Grand Line Angler's secara tidak rasmi. Teknik pancingan kami adalah bottom sahaja kerana untuk servey tempat baru yg belum pernah kami jejaki sebelum ni. Seminggu sebelum hari kejadian Aku,moh,ijun,nanip bershopping menghabiskan duit untuk standby brperang. Habis berkilo2 batu dibeli..biasa la teknik bottom, mesti ade pin kekili,perambut,batu ladung dan yang paling penting mata kail la of coz. Ijun, moh, otai borong tali utama. Nak tarik siakap katanya, mesti tukar. Ahli group yang terlibat dalam trip ni adalah Aku, ijun, moh, nanip, dan otai. Tak lupa juga mesti kena aply cuti sebab trip ni dalam masa 2 hari, Aku dgn ijun apalagi ambil annual leave la..takut kepenatan dibuatnya nanti.

HARI KEJADIAN

  (malas nak cita panjang masa perjalanan) hahaha...jam 8 pagi setelah selesai sarapan, kami turun ke jeti. Hari pertama kami menaiki 2 buah bot, dah macam aktiviti kekeluargaan da Aku tengok..bot pertama, bapa Wani (tekong otai), Mak Wani, otai, n ijun. Manakala bot kedua pula Din adik wani (tekong muda), Aku, moh, nanip. Perjalanan dari jeti ke muara agak jauh juga, lebih kurang 15minit. Sambil menikmati pemandangn indah paya bakau memang cukup memukau bagi orang yg pencinta alam. Sambil tu menyulam perambut la kita...

LUBUK

 Lubuk pertama kami sampai di panggil Tanjung Batu, dimana  kawasannya yang betul-betul menghadap laut. Acara panas badan dan salam perkenalan kami disini, banyak spesis seperti Duri, gelama, sembilang, dan tetanda. Sungguh tak disangka belangkas juga kami naikkan. Lubuk kedua adalah Sungai Tiram, apabila sampai saja lubuk ni, air mula surut. Hasil disini kurang memuaskan kerana air surut cuma anak2 gelama je kami lepaskan semula (tapis ikan). Lubuk masyuk kami di tiang penanda kawasan benih kerang, depa panggil tempat tu 'pancang'. Hasil memang banyak seperti ketuka dan tetanda. Hasil tuaian hari pertama kami lumayan apabila dua tong cat besar hampir penuh. Masyuukkk....tp paling penting ikan kecik2 kita lepaskan balik, ambil ikan yg kami mahu sahaja.

UMPAN

 Hari pertama kami umpan disediakan oleh tekong, umpan mujarab di semua tempat mesti la umpun-umpun,udang hidup. Bagaimana pun masalah memang kita susah nak jangka, udang hidup kami mati dalam lingkungan 100 ekor oleh sebab pam rosak pada malam sebelum kami berangkat. Apa boleh buat jd la udang pasar..haha. Untuk umpan hari kedua pula umpun2 pula mati, meranduk tekong,ijun dan moh mengorek lumpur untuk carik umpan. Tapi advantage juga, diorang dapat belajar cara cari umpun2. Tekong muda pula main tebar jala nak cari udang, adela sikit. Memang makanan terbaik disini jika guna udang hidup ni. Sang tetanda seperti kebulur tak makan sebulan.

REKOD

 Rekod terbaik kami pada hari pertama adalah hasil tangkapan terbanyak..2 talam kami belasah, rezeki..tu pun kami da tapis. Hari kedua hasil kurang memuaskan tapi tekong muda kami, Din dapat rekod terbesar dengan gemang (sembilang skala 1kg ke atas) dan ikan baji. Puas melayan kerana beliau menggunakan set pancing ringan.

MARKISA

 Aktiviti malam kami disajikan dengan buah tempatan yang di panggil buah Markisa. Amat baik untuk sesiapa yang ada penyakit darah tinggi, memang masam. Cara nak makan, belah dua buah tersebut, tabur dan gaulkan serbuk asamboi didalamnyer..memang terbaik!!!

MISI BELUM TERCAPAI

  Selesai sudah trip kami dua hari disini. Tapi misi belum tercapai lagi sebab arus pasang surut air yang kurang memuaskan. Next time kami akan terjah lagi dengan set casting pula. Berkemungkinan besar dalam bulan december atau januari. Tungguuuu...

# tak dapat nak upload banyak pic sebab masalah teknikal..sorry guys #

2 ulasan: