Jimah Power Plant terletak di perairan antara Bagan Lalang dan Port Dickson terpisah antara Sungai Sepang. Muaranya yang mempunyai Siakap dan kerapu bersaiz gadang menjadi tumpuan kaki bottom dan casting untuk menduga lubuk di sini. Sebelum tertubuhnya group G.L.A ni, Aku bersama mael dan hendra kerap ke lubuk ni. Boleh dikatakan tiap bulan kami ke sini untuk memburu siakap dan kerapu. Bagi sesiapa yang belum tahu dikawasan JIMAH tu la 'port' kami. Dan jangan terkejut, kedalaman lubuk ni hanya 4~5 meter (gps fish finder) sahaja bila air pasang. Kawasan ini hanyalah di persisir pantainya sahaja tetapi apabila anda menaiki bot anda haruslah membuat pusingan 'U' kerana terdapat tebing pasir yang cetek apabila anda keluar dari muara sungai Sepang.
![]() |
Hendra dengan kerapunya |
kepada sesiapa yang berhasrat untuk ke lubuk ini hendaklah berwaspada dan mintalah pendapat dari orang berpengalaman mengenai laluan di sini, kerana terdapat paip atau saluran blower di dasar. Blower2 inilah yang menjadi hentian rehat bagi kerapu apabila air pasang. Bukan sahaja kerapu, malah siakap, tetanda, Gt juga turut gemar bermain dikawasan ini kerana banyaknya anak2 ikan disini sebab sumber oxigennya yang tinggi.
![]() |
Tangkapan dari Mael |
KERAPU
Udang hidup menjadi umpan utama untuk mengail dikawasan ini. Perambut juga hendaklah panjang dalam lingkungan 1 meter atau sedepa dan menggunakan batu ring atau batu mati. Bila kena air cantik, masa tu la tangan tak senang duduk meligan joran....asal naik..,kerapu, tetanda. Ikan Daun Baru juga banyak disini memakan umpan.
REKOD
Buat masa ni rekod kami di JIMAH ni, Hendra dengan kerapu seberat 2.5kg, siakap 4.5kg x 2 ekor = 9 kg hasil dari mael. Aku pula Daun Baru je 1.2kg..budak baru blaja katekan...rekod ni semua di persisir pantai batuannya sahaja..iaitu di blower 1..kalau anda mahu ikan yang lagi gadang2, try la dikawasan kapal parking, iaitu kawasan yang paling hujung sekali..kedalamannya 40 ke 50 meter. Dengar cerita dari nelayan2 tempatan tenggiri seberat 7kg dan senangin berjaya di naikkan. Lagi 1, GT dan ikan putih juga banyak bermain di kawasan tiang2.
![]() |
Rekod peribadi Mael di Jimah..total 9kg |
Disepanjang sungai Sepang amat sesuai untuk sesiapa yang kaki casting. Siakapnya liar meligan gewang2 apabila di lontar kawasan akar2 bakau. Bagi sesiapa yang tak mahu menyampan, boleh juga try memancing di jeti Wak Sempo..cuma sebelah sahaja
dengan tempat kami menyewa sampan Harga sewaan sebanyak Rm150 sehari selesa untuk 4 orang dalam lebih kurang 20 kaki kot...sampan besar pula Rm200 sehari muat untuk 6 orang. Kalau nak book tu kena la awal seminggu, sebab macam pisang gorang panasss...bila tanya penduduk tempatan tentang kawasan JIMAH, rata2 semua da tahu apa penghuni dasar disana. Mengikut cerita, kalau bernasib baik, kumpulan senangin kerap menyerang kawasan itu untuk menangkap anak2 ikan..umpan yang paling efektif ialah ikan tamban..buat masa ni kami belum bertembung lagi dengan gerombolan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan