Selasa, 3 Disember 2013







HITAM, HIJAU, KUNING OREN ITU 'PB'


 Peacock Bass atau penduduk tempatan memanggil ikan raja adalah ikan pendatang dari benua Amazon, ia adalah dalam keluarga Cichla seperti Cichla Ocellaris, Cichla Monoculus, Cichla Orinocensis, Cichla Temensis dan banyak lagi. Ia kini membiak dengan cepatnya di Malaysia. Tabiat pemakanannya pula seakan-akan Sebarau yang menjadi buruan kaki casting di serata tempat. Ekosistem dan suhu air di Malaysia yang sesuai menjadikan pembiakannya menjadi cepat dan boleh didapati di mana2 lombong terbiar. Oleh yang demikian, kami group G.L.A. julung2 kalinya membuat trip untuk memburu spesis pemangsa Amazon ini.


AIR KUNING, PERAK

 Semua caster2 sedia maklum, Air Kuning, di Tanjung Tualang, Perak adalah 'syurga' bagi ikan ini. Group G.L.A. membuat ekspedisi untuk mencuba semangat daya juang spesis ini. Seramai 9 orang ahli group G.L.A. Iaitu Aku, Moh, Jep, Ijun, Kuyai, Otai, Nanip, Gjol, Helmin, yang menyertai trip ini disertai dengan 'guider' yang memang otai tempat tu. Pada mulanya trip ini adalah untuk membottom dan casting sahaja, tetapi oleh kerana 1st time disini, kami kekurangan umpan udang kertas hidup untuk dijadikan umpan..last2 semua pakat casting akibat dari kekumpauan yang melanda..haha...




Bersarapan Berpagi-pagi
Otw ke lubuk yang diidamkan
PERKENALAN

 Kami bertolak seawal pukul 4.00 pagi dari Kampung Bukit Badong melalui highway Utara Selatan exit Sungkai dan terus ke Tanjung Tualang melalui jalan dalam. Kami selamat sampai pada pintu masuk Air Kuning pada jam 6 pagi dan bersarapan di gerai berhampiran di situ..taste dia sedap dan paling penting memang murah...anda tidak perlu risau untuk bawa bekalan air minuman, kerana ada kedai runcit berdekatan di sana. Daripada pintu masuk ke kawasan lombong, ia mengambil masa selama 15 ke 20 minit kerana jalannya berpasir dan tidak berturap..jadi, pandulah berhati-hati ye..kawasan lombongnya yang besar terletak disebalik kawasan estate menyebabkan kami sungguh tak sangka ia terletak di pedalaman...kalau takda guider, memang sampai ke Johor kot..haha..

Ahakss...
MUKADIMAH

 Sampai saja dilombong yang diidamkan semua caster, kami dengan pantasnya memunggah 'senapang2' kami..masing2 tak sabar nak strike, semua berpecah untuk mencari spot sendiri..lombong luas la katakan. Pada sesi pagi, Aku cuma berhasil kejar mengejar sahaja sampai ke tebing..kumpau...kuyai dengan gewang buatan sendiri strike dengan haruan standard saiz..hanyir hand make lure beliau. Untuk ikan target, tak disangka2 nanip yang folow just untuk bottom saja, cuba untuk mengilat membuah hasil kerana terlihat kelibat couple PB menggunakan gewang Halco. Toman bersaiz rempit pula memang banyak kami strike..tapi bukan ikan target..so CNR LEWW..


LITTLE KENYIR

 Pada sesiapa yang pernah menjejaki tempat ni mesti pernah dengar spot ni kan..'little kenyir'.Spot yang banyak tunggul dan pokok mati seakan di tasik kenyir ini tidak membuahkan hasil, kerana air dari anak sungai yang mengalir telah memenuhi lombong sehingga paras air terlalu tinggi. Kami kumpau sampai ke tengahari dan guider mengajak kami ke spot lain pula..sampai je lubuk berkenaan, kami berehat dulu makan tengahari dan berehat bertukar2 pendapat. Setelah puas berehat, kami teruskan lagi pemburuan kami.
Gewang Homemade terbayeekk..

Minta pendapat pak dukun
STIKE AND TARGET

 Aku, Nanip dan Ijun dikejutkan dengan suara memanggil nama seperti kepenatan...hahaha..rupa-rupanya tuan chip kami strike toman berskala 1.3kg berjaya di 'Catch, Snap & Release', menggunakan gewang minnow strike pro. Selang 1 jam ke 2 jam kami kumpau lagi..Perkara ajaib berlaku apabila Otai yang nak try and error, akhirnya success dengan gewang Halco yang dipakai Nanip pagi tadi..2 ekor PB berjaya dinaikkan di tempat yang sama..ketiga2 PB yang kami dapat berskala 1.2~1.3kg sahaja..guider pula berjaya mendaratkan seekor PB dengan berat yang sama. Walaupun hasil kami tak banyak, tetapi misi kami berjaya untuk memburu spesis dari benua Amazonia ini.
Anehh...perkara menakjubkan (Otai Strike)

Sebelum balik melantak dulu..kebulur derr!!
MAKAN-MAKAN

 3 ekor PB tu kami ingin mencuba untuk merasanya..orang kata sedap. So, majlis makan2 kami setkan di rumah brader Jep..of coz la bininya yang masak..memang sedap ikan ini, tidak hanyir seperti mana2 ikan air tawar yang lain. Akan datang punya trip adalah dalam masa terdekat ni..masing2 nak menambah gewang killer lagi..heheh..

choowww...

                      TERUMBU JIMAH

 Jimah Power Plant terletak di perairan antara Bagan Lalang dan Port Dickson terpisah antara Sungai Sepang. Muaranya yang mempunyai Siakap dan kerapu bersaiz gadang menjadi tumpuan kaki bottom dan casting untuk menduga lubuk di sini. Sebelum tertubuhnya group G.L.A ni, Aku bersama mael dan hendra kerap ke lubuk ni. Boleh dikatakan tiap bulan kami ke sini untuk memburu siakap dan kerapu. Bagi sesiapa yang belum tahu dikawasan JIMAH  tu la 'port' kami. Dan jangan terkejut, kedalaman lubuk ni hanya 4~5 meter (gps fish finder) sahaja bila air pasang. Kawasan ini hanyalah di persisir pantainya sahaja tetapi apabila anda menaiki bot anda haruslah membuat pusingan 'U' kerana terdapat tebing pasir yang cetek apabila anda keluar dari muara sungai Sepang.

Hendra dengan kerapunya
BLOWER

 kepada sesiapa yang berhasrat untuk ke lubuk ini hendaklah berwaspada dan mintalah pendapat dari orang berpengalaman mengenai laluan di sini,  kerana terdapat paip atau saluran blower di dasar. Blower2 inilah yang menjadi hentian rehat bagi kerapu apabila air pasang. Bukan sahaja kerapu, malah siakap, tetanda, Gt juga turut gemar bermain dikawasan ini kerana banyaknya anak2 ikan disini sebab sumber oxigennya yang tinggi.
Tangkapan dari Mael

KERAPU

 Udang hidup menjadi umpan utama untuk mengail dikawasan ini. Perambut juga hendaklah panjang dalam lingkungan 1 meter  atau sedepa dan menggunakan batu ring atau batu mati. Bila kena air cantik, masa tu la tangan tak senang duduk meligan joran....asal naik..,kerapu, tetanda. Ikan Daun Baru juga banyak disini memakan umpan.

REKOD

 Buat masa ni rekod kami di JIMAH ni, Hendra dengan kerapu seberat 2.5kg, siakap 4.5kg x 2 ekor = 9 kg hasil dari mael. Aku pula Daun Baru je 1.2kg..budak baru blaja katekan...rekod ni semua di persisir pantai batuannya sahaja..iaitu di blower 1..kalau anda mahu ikan yang lagi gadang2, try la dikawasan kapal parking, iaitu kawasan yang paling hujung sekali..kedalamannya 40 ke 50 meter. Dengar cerita dari nelayan2 tempatan tenggiri seberat 7kg dan senangin berjaya di naikkan. Lagi 1, GT  dan ikan putih juga banyak bermain di kawasan tiang2.

Rekod peribadi Mael di Jimah..total 9kg
SUNGAI SEPANG

 Disepanjang sungai Sepang amat sesuai untuk sesiapa yang kaki casting. Siakapnya liar meligan gewang2 apabila di lontar kawasan akar2 bakau. Bagi sesiapa yang tak mahu menyampan, boleh juga try memancing di jeti Wak Sempo..cuma sebelah sahaja
dengan tempat kami menyewa sampan Harga sewaan sebanyak  Rm150 sehari selesa untuk 4 orang dalam lebih kurang 20 kaki kot...sampan besar pula Rm200 sehari muat untuk 6 orang. Kalau nak book tu kena la awal seminggu, sebab macam pisang gorang panasss...bila tanya penduduk tempatan tentang kawasan JIMAH, rata2 semua da tahu apa penghuni dasar disana. Mengikut cerita, kalau bernasib baik, kumpulan senangin kerap menyerang kawasan itu untuk menangkap anak2 ikan..umpan yang paling efektif ialah ikan tamban..buat masa ni kami belum bertembung lagi dengan gerombolan tersebut.