Khamis, 14 November 2013

Grand Line Angler’s.

Assalamualaikum w.b.t.

SALAM PERKENALAN….

    Grand Line Angler’s?? wah..nama macam gempak je, inilah nama group memancing atau angling kami. Grand Line Angler’s ditubuhkan secara rasminya pada bulan Jun 2013. Semua ahli asalnya memang sudah lama dalam bidang mengail ni, kalau nak kata tasik, sungai, lombong & laut tu semua depa dah redah..nak dipendekkan cerita, memang depa ni nelayan hujung minggu la.hehehe..
    Kalau nak di interview seorang2, rata –rata memang kaki pancing dari kecil lagi. Aku (penulis/setiausaha group lantik sendiri..heheh) sendiri start mancing pada umur 9 tahun merengek-rengek nak ikut otai Aku turun laut area Port Klang. Akhirnya sampai sekarang Aku teruskan hobi otai Aku.
   Idea nama group kami ni adalah dari pengerusi kami, Encik Muaayat (Moh). Memang dah lama dia fikirkan nama ni cuma tidak ada layanan dari semua pihak…hahaha kesian aku tengok dia. Ada la dalam 6 – 7 bulan sebelum kami guna nama ni. Pada suatu hari, tiba-tiba aku rasa bersemangat nak tubuhkan group pancing. Aku call Moh..”wei..ko kat mana? Aku ada hal nak dibincangkan”.. balik dari kerja berdesup terus ke rumah Moh (ahli lain tak tahu perkara ni) sampai je rumah Moh, “Moh jom buat group pancing..ko ada nama yang best tak?’’..ayat dia yang Aku takkan lupa..’’ laaa..kan dari dulu da cakap Grand Line Angler’s (G.L.A.)..masa aku (moh) cakap semua budak-budak buat bodoh je..”  lantas dengan itu Aku teruja mendengarnya, Aku bincang dengan Moh, Aku nak buat baju group..biar Aku design logo, nanti da siap aku whatsapp kat ko…” (Moh) ok..aku nak pasang khemah ni..katanya. Lebih kurang begitulah ringkasan dialog Aku dengan Moh. Keesokan harinya kami meeting dengan ahli yang sedia ada untuk persetujuan menggunakan nama Grand Line Angler’s, dan semua bersetuju.(skema je ayat)
    Tujuan kami buat blog ni adalah untuk berkongsi idea, lubuk, skill dan juga meng-update aktiviti group G.L.A . dimata dunia..yela..sekarang kan canggih. So, mana2 teknik/ilmu pancingan ni kita boleh share untuk pengetahuan umum…


1st sketch G.L.A








                                                        DESIGNATION
Setelah di edit (biaso jo)
   Idea & lakaran telah siap, dalam senyap2 Aku deal dengan Johanif (nanip) minta tolong dia runner cari kedai t-shirt printing untuk comparison harga. Aku survey area Rawang, dia survey area Ijok & Kuala Selangor. Dalam masa yang sama Azizul Amri (Ijun) survey juga. Akhirnya Aku jumpa 1 kedai area Rawang Mutiara,memang murah dari tmpat lain nama kedai tu Gold Wing Resources. T-shirt long sleeve dua warna/logo 4 warna belakang/1 warna depan – 20pcs = Rm30/helai. Seingat Aku banyak kali juga kami meeting untuk berbincang mengenai colour baju. Pada asalnya colour baju G.L.A. hijau army/tan, tetapi kedai t-shirt printing ni tidak ada colour tu. Boleh order tapi minimum 70pcs baru boleh order katanya.


(logo 2nd G.L.A)




KONFLIK

   Oleh kerana colour army/tan tidak ada, Aku perlukan pendapat dari ahli-ahli lain untuk persefahaman colour yang terbaik. Banyak idea dari ahli-ahli..last sekali masing-masing bersetuju colour light blue/navy.


                                                        BAJU SIRI PERTAMA G.L.A.
1st Baju harapan..;(

   Baju telah siap dalam masa 2 minggu kami menunggu. Rasa macam kurang puas hati sebab choice pertama reject. Tapi bila dah pakai & snap picture nampak lawa pula…hehehe…

Alih-alih tukar daa...






AHLI-AHLI TEAM GRAND LINE ANGLER’S

   Ahli yang telah mendapat baju group adalah secara rasminya menjadi ahli. Antara ahli G.L.A. :-
  1. Muaayat / Moh (pengerusi)
  2. Asraf / Arap
  3. Johanif / nanip
  4. Azizul Amri / ijun
  5. Azrai / kuyai
  6. Hilmin / men
  7. Azizul Azhar / Gjol
  8. Jeffry Roslan / Jep
  9. Mohd Subari / Sobar
  10. Tuan Madi / Madi
  11. Hendra
  12. Ismail / Mail
  13. Fazli / Otai
Setakat ni 13 orang saja, kalu ada sesiapa nak register boleh berjumpa tuan pengerusi G.L.A.

HARAPAN

   Sebelum tertubuhnya team ni, masing-masing jadi nelayan hujung minggu, anak-anak ikan pun korang sosah. Selepas dirasmikan team ni, memang Aku tengok kami ada perubahan untuk menjadi pemancing pro iaitu mengamalkan tabiat catch n release untuk menjaga ekosistem hidupan akuatik dan juga untuk generasi akan datang. Bak kata orang, kita makan bukan untuk sekali saja. Harapan Aku Team G.L.A. akan lebih maju untuk menjadi pro angler’s seperti di negara Jepun, Eropah dan dapat dicontohi oleh pemancing2 baru. Planning akan datang adalah untuk meng-register-kan  group ini dalam Persatuan Memancing Malaysia (PEMM). InsyaAllah..

Wassalam

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Terima kasih tn.asraf kerana mewujudkan blog ini dengan sedemikian dan menarik... Harap group ini akan lebih berdaya maju dan terus suksess... Hahaha terbaik lah admin.

    BalasPadam